Soalan Lazim Skim Mesra
Aduan Lain >> Klik Sini
Soalan.. | Jawapan |
---|---|
Apa itu Skim Mesra? | Skim Mesra merupakan salah satu program di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Ia merupakan program yang telah dijenamakan semula dari program Skim Mesra Usia Emas. Ini lanjutan daripada pelaksanaan sebelum ini dimana nama Skim Mesra Usia Emas sering disifatkan sebagai program untuk golongan warga emas sahaja walaupun pada hakikatnya program ini turut dibuka untuk golongan OKU juga. Oleh yang demikian, nama Skim Mesra kini menjadi nama utama bagi program ini, dan di bawah Skim Mesra, terdapat dua (2) program iaitu Skim Mesra Usia Emas dan Skim Mesra Insan Istimewa yang menyasarkan dua (2) kategori golongan berbeza. Skim Mesra Usia Emas kini akan menyasarkan golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas, dan Skim Mesra Insan Istimewa akan dikhaskan untuk golongan OKU sahaja. |
Apa manfaat Skim Mesra? | Setiap pemohon yang telah lulus pendaftaran Skim Mesra Usia Emas atau Skim Mesra Insan Istimewa akan dikira sebagai ahli Skim Mesra. Setiap ahli Skim Mesra layak untuk menerima dua (2) jenis manfaat iaitu manfaat semasa hidup dan manfaat selepas kematian. Manfaat semasa hidup ialah pemberian baucar beli-belah bernilai RM 150 yang akan diberikan setiap tahun selagi ahli Skim Mesra masih hidup. Manfaat selepas kematian pula ialah bantuan khairat kematian bernilai RM 500 yang akan diberikan kepada pewaris berdaftar dimana tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli Skim Mesra. |
Apakah syarat kelayakan untuk mohon Skim Mesra Usia Emas? | i.Warganegara Malaysia; DAN ii.Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN iii.Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian) iv.Sedang menetap di Negeri Selangor minimum 15 tahun (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja) v.Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat. |
Apakah syarat kelayakan untuk mohon Skim Mesra Insan Istimewa? | i.Warganegara Malaysia; DAN ii.Tiada had umur; DAN iii.Pemegang Kad OKU JKM; DAN iv.Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN v.Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor; ATAU vi.Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor |
Anak saya pemegang kad OKU yang berumur 10 tahun, tetapi saya dan isteri bukan pengundi Selangor, namun sedang bermastautin di Selangor, adakah saya layak untuk mohon Skim mesra Insan Istimewa? | TIDAK LAYAK. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun, ibu atau bapa mestilah pengundi berdaftar di Selangor. |
Saya warga emas berumur 60 tahun ke atas yang telah menetap di Selangor lebih dari 15 tahun, tetapi saya bukan pengundi berdaftar di Selangor, adakah saya layak memohon Skim Mesra Usia Emas? | TIDAK LAYAK. Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Selangor. |
Pendaftaran Skim Mesra telah lulus, bila saya boleh dapatkan baucar beli-belah RM 150 dan dimana saya boleh ambil baucar tersebut? | Baucar boleh di ambil di pejabat Pusat Khidmat DUN Negeri Selangor yang berdekatan. |
Ayah saya merupakan ahli Skim Mesra, bagaimana caranya untuk membuat tuntutan khairat kematian RM 500? | Tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar. Borang tuntutan boleh didapatkan dari Pusat Khidmat DUN berdekatan atau muat turun borang dari e-mesra.yawas.my. Lampirkan bersama dokumen yang diperlukan seperti; i.Borang tuntutan khairat yang telah diisi ii.Salinan sijil kematian iii.Salinan Kad Pengenalan pewaris iv.Salinan penyata bank pewaris v.Borang Kemaskini Maklumat Pewaris (Jika Perlu) |
Ibu saya telah meninggal dunia 3 bulan lepas. Dia merupakan warga emas berumur 60 tahun ke atas, telah bermastautin di Selangor sejak dari kecil dan merupakan pengundi di Selangor. Adakah saya boleh mohon khairat kematian untuk ibu saya walaupun dia belum pernah mendaftar Skim Mesra Usia Emas semasa masih hidup? | Boleh. Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar. |
Dimana saya boleh mengambil baucar beli-belah RM 150? | Baucar boleh didapatkan di Pusat Khidmat DUN Negeri Selangor yang berdekatan. |
Dimanakah saya boleh belanjakan baucar tersebut? | Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan dan tertera pada kertas baucar yang diberikan sahaja. |
Adakah saya boleh menggunakan baucar ini di pasaraya lain selain daripada pasaraya yang telah ditetapkan pada baucar? | Tidak boleh. |
Berapa lama tempoh sah baucar? | Tempoh sah baucar adalah 3 bulan dari tarikh baucar diambil. |
Saya telah mengambil baucar beli-belah RM 150 namun saya tidak sempat membelanjakannya lagi dalam tempoh 3 bulan selepas mengambil baucar tersebut, apakah saya masih boleh menggunakan baucar tersebut? | Tidak boleh. Baucar yang telah diberikan perlu dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh diambil. Kegagalan berbuat demikian, peserta tidak layak untuk menerima baucar baru bagi tahun tersebut. |
Emak saya telah meninggal dunia seminggu yang lepas, adakah saya masih boleh mengambil baucar atas nama emak saya? | Tidak boleh. Baucar hanya diberikan kepada ahli yang masih hidup sahaja |
Anak saya tiada kad OKU JKM, adakah saya boleh mendaftar Skim Mesra Insan Istimewa untuk anak saya? | Skim Mesra Insan Istimewa hanya dikhaskan untuk pemegang kad OKU sahaja. |
Saya merupakan pemegang kad OKU JKM yang berumur 20 tahun, namun saya bukan pengundi berdaftar di Selangor, adakah saya boleh mendaftar Skim Mesra Insan Istimewa? | Tidak boleh. Pemohon Skim Mesra Insan Istimewa yang berumur 18 tahun ke atas adalah wajib pengundi berdaftar di Selangor. |
Anak saya pemegang kad OKU, saya merupakan pengundi di Selangor, tetapi kami sekeluarga sedang menetap di negeri lain. Adakah saya boleh mendaftar Skim Mesra Insan Istimewa untuk anak saya? | Tidak boleh. Pemohon mestilah sedang menetap di Selangor. |
Emak saya sebelum ini pernah memohon Skim Mesra Usia Emas dan pernah mendapat baucar beli-belah beberapa kali. Dia telah meninggal dunia 7 bulan lepas, namun khairat kematian masih belum dituntut lagi. Adakah saya masih boleh membuat tuntutan tersebut? | Tidak boleh. Tuntutan khairat kematian perlu di buat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar. |
Anak saya OKU, mempunyai Kad OKU JKM, menetap di Selangor, dan saya merupakan pengundi di Selangor. Namun, anak saya telah meninggal dunia sebulan yang lepas. Adakah saya boleh tuntut khairat kematian Skim Mesra Insan Istimewa untuk anak saya? | Boleh. Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian. |
Anak saya OKU, mempunyai Kad OKU JKM, menetap di Selangor, dan berumur 23 tahun. Beliau belum mendaftar sebagai pengundi, namun saya bapanya merupakan pengundi di Selangor, adakah saya boleh mendaftar Skim Mesra Insan Istimewa untuk anak saya? | Tidak boleh. Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas mestilah pengundi berdaftar di Selangor untuk layak memohon Skim Mesra Insan Istimewa. |
Ayah saya telah meninggal dunia 3 bulan lepas, berumur 61 tahun, telah bermastautin di Selangor lebih 15 tahun, namun bukan pengundi berdaftar di Selangor semasa hayatnya. Adakah saya boleh memohon khairat kematian Skim Mesra Usia Emas untuk ayah saya? | Tidak boleh. Si mati mestilah merupakan pengundi berdaftar di Selangor semasa hidup untuk layak terima manfaat khairat kematian tersebut. |
Saya berumur 59 tahun, telah bermastautin di Selangor sejak dari usia muda dan merupakan pengundi berdaftar di Selangor, adakah saya boleh memohon Skim Mesra Usia Emas? | Tidak boleh. Pemohon mestilah berumur 60 tahun dan ke atas semasa permohonan SMUE dibuat. |
Dimana saya boleh memohon Skim Mesra Usia Emas? | Permohonan boleh dibuat secara atas talian di e-mesra.yawas.my atau pergi sahaja ke Pusat Khidmat DUN Negeri Selangor yang berdekatan |
Adakah saya boleh memohon Skim Mesra secara online? | Boleh, mohon di laman sesawang https://e-mesra.yawas.my/ |
Jika saya telah mendaftar Skim Mesra, adakah saya sudah boleh mengambil baucar beli-belah RM 150 dengan serta-merta? | Baucar hanya boleh diambil selepas permohonan diluluskan sahaja. Semakan permohonan boleh dibuat di e-mesra.yawas.my. Apabila permohonan telah LULUS, ahli sudah boleh mengambil baucar di pejabat DUN Negeri Selangor yang berdekatan. |
Anak saya disahkan oleh pegawai perubatan mempunyai ciri-ciri OKU, namun saya belum memohon Kad OKU JKM untuk anak saya. Adakah saya boleh memohon Skim Mesra Insan Istimewa untuk anak saya? | Tidak layak. Skim Mesra Insan Istimewa hanya dikhaskan untuk pemegang kad OKU sahaja. |
Berapakah had umur kelayakan untuk memohon Skim Mesra Insan Istimewa? | Tiada had umur |
Adakah syarat kelayakan Skim Mesra Insan Istimewa memerlukan had pendapatan ibubapa? | Tiada had pendapatan yang diperlukan di bawah skim mesra |
Apakah dokumen yang diperlukan untuk menuntut khairat kematian RM 500 Skim Mesra? | Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut: i. Salinan sijil kematian, ii. Salinan Kad Pengenalan si mati, iii. Salinan Kad Pengenalan pewaris iv. Salinan Penyata Bank pewaris |
Jika si mati masih belum pernah mendaftar Skim Mesra semasa hidup, adakah waris boleh memohon Skim Mesra untuk si mati? | Boleh, dengan syarat si mati mestilah memenuhi syarat kelayakan permohonan Skim Mesra dan permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian. |
Jika pemohon merupakan OKU dan berumur 60 tahun ke atas, sedang menetap di Selangor dan merupakan pengundi berdaftar di Selangor, adakah dia boleh memohon untuk kedua-dua Skim Mesra? | Pemohon hanya layak untuk mendaftar salah satu program sahaja. |
Berapa lamakah tempoh pembayaran wang khairat kematian RM 500? | Tempoh pembayaran wang khairat kematian adalah dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima di pejabat YAWAS. |
Bagaimanakah cara pembayaran khairat kematian? | Pembayaran akan dibuat melalui pindahan wang ke akaun bank pewaris yang berdaftar. |
Ayah saya pernah memohon Skim Mesra Usia Emas semasa hayatnya, dan nama pewaris yang didaftarkan adalah bukan nama saya. Adakah saya boleh memohon khairat kematian tersebut? Bagaimana caranya? | Boleh, namun Encik dikehendaki untuk mengisi borang kemaskini maklumat terlebih dahulu dan menamakan pewaris yang baharu. Lampirkan berama dokumen sokongan yang dikehendaki sewaktu membuat tuntutan. Borang kemaskini maklumat boleh didapatkan di e-mesra.yawas.my |
Saya merupakan ahli Skim Mesra, bagaimana untuk kemaskini maklumat peribadi? | Kemaskini maklumat boleh dibuat di e-mesra.yawas.my atau pergi sahaja ke Pusat Khidmat DUN Negeri Selangor berdekatan untuk bantuan |
Saya telah memohon Skim Mesra Usia Emas secara online, dimana saya perlu menghantar dokumen yang diperlukan? | Dokumen boleh dihantar terus ke pejabat YAWAS atau Pusat Khidmat DUN Negeri Selangor yang berdekatan di tempat anda |
Bagaimana saya ingin tahu permohonan saya telah diluluskan? | Semakan permohonan boleh dibuat di e-mesra.yawas.my atau pergi sahaja ke pejabat Pusat Khidmat DUN yang berdekatan untuk bantuan semakan. |
Anak saya OKU dan mempunyai Kad OKU JKM, kami sedang menetap di Selangor, dan saya serta isteri bukan pengundi berdaftar di Selangor. Adakah saya boleh memohon Skim Mesra Insan Istimewa untuk anak saya? | Tidak boleh. Bagi pemohon di bawah 18 tahun, ibu atau bapa mestilah pengundi berdaftar di Selangor. Jika pemohon berusia 18 tahun dan ke atas sewaktu membuat permohonan, pemohon mestilah merupakan pengundi berdaftar di Selangor. |