Manfaat Skim Mesra
Ahli yang telah berdaftar di bawah SMUE dan SMIS akan mendapat manfaat berikut
Baucar Beli-Belah RM150
- Baucar RM 150 diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidup
- Baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar
- Tuntutan baucar selepas kematian adalah tidak DIBENARKAN.
- Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja
- Baucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat
- Baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.
- Ahli diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info
Khairat Kematian RM 500
- Tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahaja
- Tertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021
- Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar tidak akan DIBAYAR.
- Pembayaran akan dibuat kepada pewaris yang berdaftar melalui pindahan wang terus ke akaun atau serahan tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN
- Jika si mati belum didaftarkan di bawah Skim Mesra, waris dikehendaki membuat permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian si mati.
- Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh si mati meninggal dunia bagi permohonan selepas kematian tidak akan DILAYAN
- Rujuk senarai dokumen yang diperlukan pada borang tuntutan khairat kematian
- Waris yang membuat tuntutan baucar Jom Shopping selepas ahli meninggal dunia (dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian) hanya layak menerima wang khairat kematian sebanyak RM350 sahaja.