03 5481 8800

Cara Tuntutan Khairat Kematian SMUE / SMIS

Permohonan tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli/si mati.
Cara permohonan tuntutan ada 2 jenis, sama ada pemohon telah berdaftar sewaktu hidup atau pewaris ingin membuat permohonan baru untuk membuat tuntutan khairat kematian.
  • Pewaris berdaftar perlu mengisi Borang Tuntutan Khairat Kematian Skim Mesra yang boleh didapatkan di pejabat Pusat Khidmat DUN atau Muat Turun Disini
  • Lampirkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan. Sila rujuk dokumen yang perlu dihantar pada Borang Tuntutan Khairat Kematian
  • Hantar Borang Tuntutan Khairat Kematian dan dokumen sokongan seperti di atas ke Pusat Khidmat DUN yang berhampiran.
  • Pembayaran secara pindahan wang ke akaun waris akan dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap ke pejabat YAWAS.
  • Nama Pewaris yang ingin menuntut khairat mestilah sama dengan nama penama pewaris yang telah didaftarkan didalam sistem. Sekiranya berbeza pewaris perlu mengisi Borang maklumat kemaskini Pewaris. Muat Turun Disini
  • Tuntutan khairat kematian perlu dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian
  • Pewaris perlu mengisi Borang Permohonan dan Borang Tuntutan Khairat Kematian yang boleh didapatkan di pejabat Pusat Khidmat DUN atau Muat Turun Disini
  • Lampirkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan. Sila rujuk dokumen yang perlu dihantar pada Borang Tuntutan Khairat Kematian
  • Hantar Borang Permohonan dan Tuntutan Khairat Kematian bersama dokumen sokongan seperti di atas ke Pusat Khidmat DUN berdekatan...
test2