03 5481 8800

Manfaat Skim Mesra

Ahli yang telah berdaftar di bawah SMUE dan SMIS akan mendapat manfaat berikut

Baucar Beli-Belah RM150

  • Baucar RM 150 diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidup
  • Baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar
  • Baucar hanya boleh dituntut semasa ahli masih hidup sahaja.
  • Tuntutan baucar selepas kematian adalah tidak DIBENARKAN.
  • Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja
  • Baucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat
  • Baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.
  • Ahli diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info

Manfaat Khairat Kematian SKIM MESRA kini akan diselaraskan di bawah Inisiatif Baharu iaitu Khairat Darul Ehsan (KDE).

Untuk Permohonan dan Semakan Lanjut boleh ke Laman Sesawang KDE di https://kde.yawas.com.my//